on Wednesday, 16 May 2012
ADORE! Iaitu  Delegasi Akademik ke Korea, program yang telah diluluskan untuk saya beserta rakan-rakan yang lain adakan program sambil belajar ke Korea iaitu pada 23 Mei 2011 sehingga 30 mei 2011. Kami memilih untuk ke Korea adalah kerana  Korea juga merupakan negara Asia seperti Malaysia. Jadi kami amat berminat untuk mengetahui lebih dalam berkenaan negara Korea, masyarakat di sana, cara pembelajaran di sana, dan sebagainya yang menarik di sana agar dapat mengambil ssesuatu yang baik di sana dapat digunakan di Malaysia untuk kebaikkan masyarakat di sini. Sebelum kami dapat mencapaikan niat masing-masing kami perlu melaksanakan beberapa tugasan sebagai persediaan ke korea.

Dalam proses mencari dana pelbagai dugaan suka dan duka kami lalui, kami hanya perlu tabah agar kami dapat sama-sama dapat menjayakan program ini. Jika semua orang berputus asa sudah pasti kami sukar menjayakan program ini. Pada peringkat awal kali telah mengadakan jualan di beberapa kawasan seperti di surau, depan Masjid Sultan Ismail, fakulti, koperasi GMM serta di kolej-kolej. Sebelum saya serta rakan-rakan saya dapat menjalankan jual beli di depan Masjid Sultan Ismail, kami dikehendaki menyediakan surat sebagai bukti bahawa kami menjalankan jual beli untuk mengumpul dana bagi program ini agar kami dapat mendapat sedikit ruang untuk jalankan jualan dari pihak masjid.Antara pengalaman saya ketika saya mengadakan jualan ialah saya lebih kerap bertutur dengan pelajar di UTM walaupun saya tidak kenal termasuk pelajar dari luar negara.
Pelajar dari luar negara juga turut member sokongan dengan jualan kami. Saya juga telah pergi dari satu koleh ke satu koleh untuk megumpul dana dengan menjual apa-apa barang yang dapat menghasilkan sedikit dana buat kami. Paling tidak lupa ialah pengalaman ketika mengadakan jualan di fakulti. Gerai kami dipenuhi oleh pelajar sekolah kerana pada hari itu beberapa buah sekolah telah mengadakan program melawat universiti dan didedahkan cara pembelajaran di universiti kepada para pelajar sekolah tersebut. Disamping itu kami juga telah mengadakan perlawanan permainan computer dan Xbox, sangat mendapat sambutan. Terima kasih juga kepada pihak GMM yang tela member kami kebenaran untuk mengadakan aktiviti seperti permainan Xbox walaupun peralatan tersebut agak mahal dan harus dijaga sebaik mungkin.


Selain itu, kami telah memohon penajaan kepada beberapa pihak syarikat dengan mewajibkan lima syarikat bagi stiap ahli menguruskan proses memohon penajaan. Sebelum saya menguhungi pihak syarikat-syarikat tersebut sebagai persediaan saya telah merangka teks ringkas bagi memudahkan saya memohon penajaan. Alhamdulillah, kelima-lima syarikat yang saya hubungi memberi layanan yang baik kepada saya. Kemudian saya dikehedaki hantar beberapa dokumen kepada pihak syarikat tersebut sebagai rujukan mereka. Kami juga telah pergi sendiri ke beberapa syarikat untuk memohon sendiri penajaan. 
Datin Normal telah menjemput seorang wanita yang bekerja dalam bahagian pembagunan wanita iaitu Puan Rosmawati Binti Haji Mohamad yang memegang jawatan pengarah di situ. Pada masa itu kami ditawarkan untuk mejalankan program untuk ibu-ibu tunggal. Pelbagai perancangan telah dirangka untuk program tersebut. Tetapi memandangkan masa kami sebagai seorang pelajar berat bagi kami untuk jalankan program tersebut kerana kami tidak punyai banyak masa terluang. Jadi kami terpaksa batalkan program tersebut. Banyak program yang dirancang tidak berjalan dengan sempurna 100% sehingga membuatkan ramai yang ingin menarik diri. Sehinggakan hanya tinggal 15 orang ahli sahaja yang pada awalnya jumplah peyertaan adalah 30 orang.
Dengan kesabaran oleh stiap ahli kumpulan dan mendapat sokongan serta bantuan dari Datin Normal satu agensi telah tawarkan sesuatu yang istimewa buat kami dan tawaran yang ditawarkan sesuai dengan apa yang kami belajar. Agensi itu ialah IRDA yang telah menawarkan penajaan kepada kami dengan menjalankan beberapa aktiviti. Antara aktiviti yang perlu kami lakukan ialah membuat montaj bagi satu program yang akan dijalankan oleh pihak IRDA. Ahli yang terdiri dari pihak lelaki telah mengambil tugasan ini, berapa kali mereka telah melakukan sebaik mungkin untuk hasilkan montaj tetapi tidak mendapat jawapan yang baik dari pihak IRDA. Mereka masih tidak berputus asa mereka mencuba sebaik mungkin sehinggakan tidak tidur malam meyiapkan tugasan tersebut. Setelah beberapa kali diberi teguran untuk perbaikkan lagi montaj terseubt akhirnya montaj itu diterima oleh pihak IRDA dengan jumlah RM10,000.
Syabas! Kepada kumpulan lelaki yang menunjukkan semangat bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Bagi pihak perempuan pula, kami telah ditawarkan untuk mengadakan temu bual dengan beberapa orang yang kurang upaya tetapi akhirnya dia berjaya sekarang. Secara tidak langsung kami medapat pengalaman temu bual dengan orang yang Berjaya, dapat melihat proses rakaman temu bual serta ‘edit’ video-video yang telah dirakamkan agar dapat ditunjukkan dalam bentuk yang lebih tersusun dan menarik. Sepanjang mengadakan temu bual ini beberapa perkara menarik telah dikongsikan oleh mereka untuk menjadi seorang berjaya walaupun serba kekurangan. Sedikit sebanyak kami mendapat pendorong semangat oleh mereka dan menghayati pengalaman yang mereka telah lalui sebelum berjaya.

Jika kita hendak ke luar negara pastinya ada ‘passpord’. Bagi yang belum ada kami dikehendaki membuat passpord masing-masing. Ahli perempuan membuat keputusan untuk membuatnya di Johor Bahru. Untuk megelakkan kesesakkan lalu lintas dan juga elak daripada terpaksa untuk beratur panjang ketika proses membuat passpord, awal-awal pagi kami telah bertolak ke Johor Bahru seawall selepas subuh. Kami tiba di sana dalam pukul 8 pagi. Orang yang beratur agak panjang juga walaupun kami telah berusaha dating seawal mungkin. Dalam masa 3 jam selepas itu, semuanya selesai. Kami menasihati ahli lelaki supaya pergi lebih awal lagi.

Kami akan berlepas ke Korea dari Lapanganan Terbang Kuala Lumpur (LCCT) pada 23 Mei 2011. Sebelum itu semua ahli diarahkan untuk berkumpul di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) agar dapat bergerak secara berkumpulan ke sana dan dapat membuat persediaan terakhir sebelum kami bertolak ke sana. Pada sebelah malam sehari sebelum bertolak, ahli perempuan telah berkumpul di saut bilik bagi memohon doa agar semuanya berjalan dengan lancar. Kemudian kami berkumpul di bilik Komputer (Trnet) Kami telah bekerjasama dalam menyediakkan barang-barang makanan untuk dibawa kesana pada malam itu juga turut dihadiri oleh Datin Normal, pensyarah pengiring  Adore memberi sedikit taklimat. Kami merancang untuk bertolak ke LCCT pada pkul 6 pagi keesokkannya dengan menaiki bas UTM tetapi untuk megelakkan kelewatan tiba disana, seawal 1 pagi kami telah bertolak ke LCCT. Jadi semua ahli memberi kerjasama supaya kami dapat selesaikan semua perkara sebelum pkul 3 pagi.

Kami tiba di LCCT pada pkul 5 pagi. Sementara menunggu masa untuk berlepas salah seorang rakan kami iaitu Amril yang turut meyertai kami tetapi dia dating dari rumahnya di Kuala Lumpur dan dia telah membawa nasi lemak kepada kami sebagai sarapan pagi, memang sedap dimakan di waktu lapar.
Kami berlepas pada pkul 2 ptg dan masa perjalan ke sana adalah selama 6 jam. Kami tiba di Lapangan Terbang Korea pada pkul 9 malam . Masa di sana adalah lambat sejam berbanding Malaysia. Cuaca di sana agak sejuk walaupun pada waktu itu adalah musim panas, suhu di sana adalah antara 16c ke 24c. Kemudian kami menaiki bas selama satu jam. Apa yang berlaianan berbanding  bas di Malaysia ialah penumpang bas perlu memakai tali pinggang keselamatan dan pembawa bas juga memaikai pakaian sreagam yang kemas disertakan dengan tali leher. Selepas itu kami perlu menaiki teksi untuk pergi ke tempat peginapan. Agak sukar kami hendak mendapatkan teksi pada malam itu memandangkan sudah malam dan kami adalah orang luar. Kami bernasib baik kerana ada seorang makcik korea yang membantu kami mendapatkan teksi. Perbezaan kenderaan di sini seperti mana yang kita sedia tahu adalah pemandunya adalah di sebelah kiri, manakala di Malaysia adalah di sebelah kanan.
Perkara yang saya tak dapat lupakan ketika menaiki teksi ketika menuju ke tempat penginapan ialah, saya besama 3 orang rakan saya yang lain di mana ketika kami dalam perjalanan menaiki teksi tiba-tiba peamdu teksi itu bersuara “where you go?” . Kami masing-masing bertentangan mata kerana sebelum kami menaiki teksi tersebut Datin Normal telah beritahu kepada pemandu teksi tersebut ke mana kami hendak pergi. Apa yang jadi masalah kepada kami ialah pemandu tersebut tidak berapa faham bahasa English apatah lagi kalau bahasa Melayu. Jadi seorang rakan saya cuba mecari lokasi dengan menggunakan  GPS yang disediakan oleh teksi. Sungguh canggih teksi di sana semuanya mempunyai GPS . Tetapi malangnya GPS tersebut tidak dapat kesan di mana lokasi kami cari. Akhirnya, kami cuba pahamkan pemandu tersebut dan mengiakan sahaja apa yang dia kata dalam bahsa Korea. Akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju. Pengajarannya ialah sebelum nak ke mana-mana harus pastikan kita btul-betul tahu nama tempat hendak dituju. Setelah semuanya berkumpul kami terus menuju ke tempat penginapan diiringi oleh pelajar Malaysia yang belajar di Korea.
Apa yang menarik di tempat penginapan kami ialah bilik kami dilengkapi Komputer yang lengkap dengan kemudahan internet, televisyen yang agak besar dan keadaan bilik di situ sungguh selesa ibarat hotel 5 bintang.Saya ingin berkongsi sedikit kelainan apa yang saya dapat lihat di sana ialah suis yang digunakan adalah berbeza dengan kita. Di Malaysia suis ditekan bawah atau atas manakala di hotel tersebut menggunakan suis yang ditekan kiri atau kanan. Jadi saya menganggap di Korea menggunakan system suis seperti itu.
Pada hari kedua iaitu keesokkan paginya kami telah pergi ke Seoul National University. Kami tiba lebih awal di sana untuk melihat dulu permandangan dan suasana di sana.
   Gambar: Tasik di Universiti Seoul National
Selepas itu kami mendengar  seminar  berkenaan dengan ‘Management of Culture Technology’ oleh Mr. Chan Koh, pensyarah di universiti tersebut. Sedikit sebanyak ilmu yang kami perlolehi yang dikongsikan 

oleh beliau. Antara   yang dikongsikan oleh beliau ialah berkenaan ‘computer science’, ‘cultural content’, dan ‘cultural industry’.  Selepas itu kami beramah mesra dengan beberapa orang pelajar di university tersebut yang bakal sambung belajar di UTM. Mereka telah berkongsi sedikit berkenaan diri masing-masing. Selama satu jam kami diperuntukkan untuk ramah mesra bersama mereka. Pelbagai pengalaman dan ilmu kami saling bertukar-tukar pendapat.

Kemudian kami dibawa melawat sekitar kawasan universiti . Antaranya ialah tempat hasil khazah university tersebut serta tempat penghasilan cips.Rekabentuk sesuatu system di sana amat menarik perhatian kami. Ketika kami melawat temapt penghasilan cips, salah seorang ahli kami telah beranikan diri untuk masuk ke makmal penghasilan cips. Untuk masuk ke kawasan tersebut beberapa langkah perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kebersihan terjamin selamat.
 Gambar: Seminar oleh Mr. Chan Koh Seoul National University
 Gambar: Seoul National University
Sebelum kami pulang kami dijamu makanan dari korea khas untuk kami. Makanannya Nampak enak tetapi bagi megelakkan benda yang tidak boleh dimakan kami tidak makan makanan yang asal dari daging kerana dikhuatiri tidak halal.
  Gambar: Makan bersama Pelajar Seoul National University
Sepanjang kami berada di Korea, kami tidak melepaskan peluang untuk melawat tempat-tempat menarik di sana antaranya ialah Palace, Nami Islands,dongdaemun, Namdaemun, Lotte World, Muzium Korea.Kami juga turut melawat ke kyung Hee University di mana banyak artis-artis korea belajar di sana. Ada pelajar dari Malaysia yang belajar di sini. Dia juga yang membantu kami sepanjang kami berada di Korea supaya lebih mudah perjalanan kami kerana dia fasih bertutur dalam bahasa Korea. Selepas itu kami menuju ke Itaewon, yang merupakan pusat Islam di seoul serta merupakan satu-satunya masjid yang berada di seoul. Ahli lelaki sempat solat jumaat di sana bersama-sama penduduk islam di Korea. Kami juga diberi sedikit taklimat oleh pihak masjid berkenaan Islam di Seoul.  
 Gambar: Kawasan masjid di Itaewon
Kami telah melawat ke Nami Islands yang merupakan tempat menjadi saksi cinta dua insan, Ju-sang dan Yu-jin terbukti apabila mereka saling melahirkan perasaan kasih sayang yang selama ini tersembunyi sejak di bangku sekolah. Taman indah pulau berbentuk sehelai daun yang terapung di atas Tasik Cheongpyeop itu seakan-akan menjadi saksi cinta murni mereka yang jika boleh mahu kekal selama-lamanya. Keindahan pulau yang mengambil sempena nama seorang panglima perang Korea Selatan. Hati teruja apabila program ini turut dibawa ke lokasi pengambaran filem 'Winter Sonata' iaitu Nami Island. Seperti berada di pulau cinta, suasana romantik dan nyaman menyambut kedatangan kami. Saya juga tidak lepaskan peluang untuk terima ajakan dari datin bersama rakan yang lain untuk mencuba speed boat, tambahan yuran 50% datin yang tolong bayarkan. Skali-skala seronok juga naiki speed boat, seperti ingin naik berulang kali.

Sehari sebelum kami pulang ke Malaysia kami telah melawat sebuah industri iaitu games industry di seoul. Kami diberi taklimat berkenaan industry di sana dan berkesempatan melawat sekitar kawasan tersebut. Ramai tenaga pekerja yang diperlukan megikut department masing-masing. Kami juga berpeluang mencuba game yang sedang dibagunkan oleh mereka yang bakal di pasarkan ke seluruh negara. 
 Gambar : Games Industry, Seoul
Negara Korea merupakan salah sebuah negara yang boleh kita contohi. Bagi pandangan saya berkenaan dengan orang korea ialah mereka seorang yang sangat kuat bekerja serta mementingkan kekemasan. Sebagai contoh walaupun mereka bekerja sebagai pemandu bas tetapi tetap berpakaian kemeja beserta tali leher. Orang di sana pantas dalam pergerakkan, masing-masing mengejar masa. Apa yang menarik di sana ialah mereka diajar tertib. Apa yang say maksudkan ialah sebagai contoh ketika menaiki escalator mereka telah asingkan di sebelah kanan adalah orang yang diri statik manakala di sebelah kiri dikosongkan untuk orang yang trus menaiki seperti tangga biasa. Jadi ini memudahkan perjalanan seseorang dan tidak berlaku tolak menolak. Jadi kita juga boleh mempraktikkan budaya yang tertib seperti mana yang kita tahu kita digalakkan dengan budaya sopan santun.

Perkara utama yang boleh kita jadikan contoh ialah kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak kepada diri sendiri sahaja, tekanan daya dan mutu yang tinggi. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, nilai-nilai dan etika seperti di atas perlu diamalkan kerana ianya dapat membantu menjayakan usaha-usaha pembangunan yang dijalankan.

Perbezaan dari segi bangsa yang terdapat di dalam negara pula ialah orang Korea terdiri daripada satu bangsa dan boleh mempunyai gaya budaya yang unik. Sebaliknya, orang-orang Malaysia terdiri daripada tiga bangsa yang besar. Setiap bangsa di Malaysia mempunyai bahasa dan budaya yang berbeza. Dengan kata lain, budaya Malaysia mempunyai keanekaan bentuk dan keanekaan gaya. Keduanya ialah perbezaan keperibadian orang di kedua-dua negara. Biasanya orang Korea mempunyai keperibadian dan sikap sentiasa tepat pada masa. Sebaliknya, kebanyakan orang Malaysia mempunyai keperibadian dan sikap sentiasa tidak tepat pada masa. Walaupun ini ialah pendapat saya, saya fikir itu bukan pendapat yang salah. Memang, siapa-siapa pun tidak boleh cakap yang mana lebih baik. Mungkin perbezaan begini boleh dikata sebagai perbezaan yang berasal dari perbezaan cuaca di negara masing-masing. Musim di Korea ada empat musim, memang orang-orang yang tinggal di kawasan begitu selalu harus menyediakan musim depan yang akan datang. Sebaliknya, musim-musim di Malaysia tidak begitu berbeza dan memang orang Malaysia tidak perlu melakukan perkara begitu iaitu mereka tentu mudah mencari makanan yang perlu. Saya fikir bahawa persamaan budaya di antara kedua-dua negara juga banyak. Kalau pilih satu sahaja, saya mahu pilih hati yang menyayangi keluarga. Walau apa pun persamaan dan perbezaan antara budaya Malaysia dan budaya Korea, saya fikir yang penting itu ialah saling berusaha untuk tahu.

Di negara Korea makanannya lebih kepada dari sumber haiwan iaitu daging. Di kawasan Bandar, Seoul makanan daging bagi orang Islam perlu elak daripada memakannya kerana dikhuatiri tidak halal. Mereka makan nasi berasaskan beras berwarna coklat berbeza dengan orang di Malaysia. Mungkin disebab itu mereka makan dengan kuantiti yang sedikit kerana nasi mereka telah punyai banyak khasiat dan karbohidrat. Mereka juga sukakan makan sayuran yang pedas. Sedikit perbezaan bagi di Malaysia iaitu di Malaysia juga terkenal dengan masakan pedas tetapi tidak lah sehingga gemar masakan sayur yang pedas. Buah-buahan di sana pula bagi pandangan saya, adalah hamper sama kerana di sana juga punyai tembikai. Jadi saya menganggap bahawa kemungkinan buah-buahan di sana adalah sama di Malaysia.
   
Pengalaman yang paling saya tidak dapat lupakan sepanjang perancangan projek ADORE  sehinggalah bertolak balik ke Malaysia ialah ketika melawat ke tempat perindustrian di sana. Iaitu games industry Seoul, yang mahir dalam bidang computer dimana mereka juga sedang membina satu permainan (game) untuk dipasarkan ke seluar negara.  Saya juga tidak lepaskan peluang untuk mencuba sendiri game tersebut ynag dibina sendiri oleh mereka. Saya dapat lihat kesungguhan mereka meyiapkan sesuatu sehinggakan ada diantara mereka tidur di pejabat sahaja kerana tanggunggjawab dalam menyiapakan game tersebut. Sebelum ini mereka pernah pasarkan game mereka sendiri iaitu Ragnarok yang juga popular di Malaysia. Itulah pengalaman yang saya tidak dapat lupakan kerana dapat bermian secara ‘live’ di syarikat industry yang menghasilkan game tersebut. Makanan yang paling tidak dilupakan di sana ialah ikan bakar. Walaupun berada di Korea tetapi kami masih boleh makan ikan bakar di Baked Fish Restaurant. Selepas makan kami disediakan air kopi yang sangat sedap bagi saya.

Gambar : Baked Fish Restaurant
  Gambar : sekitar Palace
 Gambar: Kawasan membeli belah, dongdaemun dan namdaemun
  Gambar : Nami Island