Lima belas ribu Ringgit Malaysia, hasil tajaan pihak universiti masih tidak mencukupi untuk membawa seramai 15 orang pelajar terbang ke negara artis Kpop yang menjadi pujaan ramai. Kerja keras dan kerjasama amat penting dalam melaksanakan misi mencari penajaan. Berbekalkan kemahiran dan ilmu yang dipelajari , para peserta Delegation to Korea telah bekerjasama dengan Iskandar Malaysia, dalam mencipta montaj dan video untuk projek KEPAK. Berkat usaha dan kesungguhan, montaj dan video mencapai kepuasan pihak Iskandar Malaysia, sekaligus membawa erti sejumlah wang yang mampu menampung perbelanjaan di Korea bertukar milik menjadi dana program Delegation to Korea.
Semakin dekat tarikh penerbangan, semakin para pelajar sibuk membuat persediaan. Datin Normal selaku ketua program memberi penerangan yang teliti tentang program, juga penerangan serba ringkas tentang ke mana wang yang dikumpul akan dibelanjakan. Penerangan ini membuat peserta program lebih memahami prosedur dan lebih terdedah kepada persediaan untuk ke luar negara memandangkan ini adalah kali pertama berkunjung ke luar negara bagi kebanyakan peserta.
Gambar 1 : Datin Normal memberi penerangan terperinci
Penyediaan makanan yang mencukupi sebagai bekalan di sana amat penting memandangkan di negara asing agak sukar untuk mendapatkan makanan yang pastinya halal untuk dimakan oleh orang Islam. Di samping itu, membawa makanan dari Malaysia juga dapat menjimatkan kos memandangkan mata wang Korea yang tinggi.
Gambar 2 : Antara bekalan makanan yang akan di bawa
Jam 1.45 pm, petang 23hb May, pesawat mula berlepas ke angkasa biru. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang tujuh jam diisi dengan melihat keunikan awan melalui celahan jendela pesawat dan langit biru yang kian bertukar merah keperangan apabila matahari kian tenggelam, memberi laluan pada malam untuk menyinar cahaya bintang.
Gambar 3 : Detik indah sempat di rakam sebelum menaiki pesawat
Gambar 4 : Pemandangan dari tingkap kapal terbang (pesawat)
Tepat jam sembilan malam, pesawat selamat mendarat di Incheon Airport. Cuaca sejuk yang mencengkam hingga ke tulang dengan suhu mencecah -17 menyambut kedatangan para peserta Delegation to Korea. Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk memudarkan kegembiraan yang terpancar di setiap wajah peserta saat menjejakkan kaki di negara bersalji ini dan sudah pastinya detik ini menjadi detik indah dan penuh bermakna.
Ternyata, Seoul Korea menjanjikan penginapan yang selesa untuk para pengunjungnya. Set bilik tidur dilengkapi katil yang selesa, LCD screen untuk menonton drama korea dan komputer yang dilengkapi kemudahan internet yang pantas kelajuannya. Pemanas air dan peti ais mini juga disediakan untuk memudahkan pengunjung membancuh minuman dan menyimpan bekalan makanan yang di bawa.
Gambar 5 : Antara kemudahan yang disediakan yang jarang ditemui di hotel-hotel di Malaysia, atau boleh dikatakan tidak disediakan di setiap bilik hotel-hotel di Malaysia.
Tidak bermakna program ini untuk para pelajar sekiranya tidak di bawa untuk melawat salah satu universiti terkemuka di Seoul. Pagi 24 haribulan Mei, bertemakan hitam putih, para peserta Delegation to Korea merentas bandar Seoul menuju ke Seoul National University of Science and Technology yang lebih dikenali dengan nama SeoulTech. Ternyata kedatangan dari warga Malaysia ini disambut mesra oleh pihak universiti SeoulTech terutamanya Professor Chan Koh.
Gambar 6 : Pihak Universiti SeoulTech mengalukan kedatangan dari Malaysia dan sumbangan tanda penghargaan turut diberikan kepada pihak Universiti SeoulTech.
Gambar 7 : Para peserta Delegation to Korea bergambar bersama pelajar-pelajar Universiti SeoulTech.
Pada malamnya pula, kami turut dibawa melihat persekitaran Kyung Hee University yang juga merupakan universiti terkenal di Seoul. Ternyata reka bentuk bangunannya amat mengagumkan dan memukau pandangan
Gambar 8 : Kyung Hee University
Menjejakkan kaki di istana tercantik dan tertua yang berdiri megah di tengah kota Seoul iaitu Gyeongbokgung Palace sudah semestinya meninggalkan kenangan terindah buat para peserta Delegation to Korea. Istana ini pernah menjadi lokasi pengambaraan drama bersiri Princess Hours yang merupakan salah satu drama Korea yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Reka bentuk istana ini sangat unik dan mengagumkan dan mampu memukau setiap pelawat yang mengunjung ke sini. Setiap sudut istana ini mempunyai keunikan tersendiri terutama dari segi warna dan ukirannya. Istana ini juga mengekalkan kehijauan alam semulajadi dan latar belakang panorama yang indah.
Gambar 10 : Datin Normal bergambar bersama penjaga istana. Namun, seperti yang difahamkan, penjaga istana ini hanya ada pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Gambar 11 : Bangunan utama yang menempatkan singgahsana raja.
Gambar 12 : Kyeonghoe-ru , pavilion yang di bina di atas tasik buatan yang merupakan tempat raja menerima tetamu.
Gambar 13 : Hyangwon-jeong, adalah sebuah bangunan pavilion berbentuk segi enam yang di bangun di atas tasik buatan. Ia mempunyai jambatan yang menyambungkannya dengan daratan.
Gambar 14 : Panorama indah di persekitaran istana.
Tidak sekadar istana yang menjadi tempat persinggahan, perjalanan di teruskan lagi ke National Museum of Korea. Ternyata, Korea begitu kreatif dalam reka bentuk, ditonjolkan dengan laluan untuk ke muzium yang dihiasi bunga-bunga di dalam pasu besar. Rekaan ini begitu cantik dan menarik.
Gambar 15 : Laluan tangga ke muzium.
Makanan di Korea juga tidak kurang hebat nya. Sewaktu melawat SeoulTech, kami di bawa menjamu selera di dewan makan universiti. Makanan-makanan masakan Korea seperti kimchi memberi peluang pada para peserta Delegation to Korea untuk merasai masakan asli orang Korea dan pada pandangan saya, tidak semua lidah orang melayu boleh menerima semua jenis masakan Korea. Namun begitu, tetap ada masakan Korea yang sedap di makan umpama masakan Melayu.
Gambar 16 : Menjamu selera hidangan masakan Korea bersama Profesor Chan Koh
Gambar 17 : Masakan ikan bakar yang begitu lazat dan enak !































0 comments:
Post a Comment